allaboutme

My photo
When I am alone, I need company & someone to support me.. No one comes to help me except Allah... When I pretend to be strong infront of the world... Nobody sees my hidden tears except Allah...
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

April 30, 2012

~>> Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

~>> Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

~>> Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

~>> Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

~>> Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

~>> Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang 'petapa setia' yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.....


sumber : ilmi-islam.com

September 14, 2011

daily facts #2


Istilah sains dlm produk yang mengandungi unsur babi


Ini adalah fakta. Mungkin ramai org islam tidak thu bahawa label bertulis "This product contain substance from porcine ' sebenarnya bermaksud 'produk ini mengandungi bahan daripada babi'. Selain itu antara label yg kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yg bermaksud 'kapsul dari gelatin babi' berikut adalah istilah sains yg digunakan dlm produk yg mengandungi unsur babi
  • PORK- istilah yg digunakan utk daging babi di dlm masakan
  • SWINE-istilah yg digunakan  utk keseluruhan kumpulan spesies babi
  • PIG- isitilah umum utk seekor babi @ sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 5o kg
  • HOG- isitlah utk babi dewasa, berat melebihi 5o kg
  • PORCINE- isitlah yg digunakan utk sesuatu yg berkaitan @ berasal dari babi, porcine sering digunakan dlm bidang perubatan utk menyatakan sumber yg berasal daripada babi
  • BOAR-babi liar
  • LARD- lemak babi yg digunakan bagi membuat minyak masak & sabun
  • BACON- daging haiwan yg disalai, termasuk babi
  • HAM- daging pada bahagian paha babi
  • SOW-istilah utk babi betina dewasa ( jarang digunakan )
  • SOW MILK-susu babi

source: milaahmad

August 20, 2011

.:: HIKMAH BERDIAM DIRI ::.

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.
Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah.
Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Hikmah Diam
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:
* “Barang siapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya,nescaya neraka lebih utama baginya”. ( RW ABU NAIM )*
“Barang siapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam”. ( RW BUKHARI & MUSLIM )*
“Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya”. ( RIWAYAT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.

* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..

* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap! kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia.

Wallahualam.