allaboutme

My photo
When I am alone, I need company & someone to support me.. No one comes to help me except Allah... When I pretend to be strong infront of the world... Nobody sees my hidden tears except Allah...
Showing posts with label mama. Show all posts
Showing posts with label mama. Show all posts

November 8, 2011

Coretan kecil tentang d i a

Duhai mama yg membawaku ke dunia, aku ingin menyatakan betapa aku menyayangi & mencintaimu selepas Allah & Rasullullah S.A.W. aku sgt ingin mama mengerti bahawa aku sungguh mencintai mama seperti aku mencintai syurga..
Ampunkan aku duhai mama kiranya aku pernah membuatmu bersusah hati dengan kerenahku.. Ampunkan aku mama jika bicaraku pernah mengguris hatimu.. Ampunkan daku mama jika pernah aku mengingkari suruhanmu.. Ampunkan daku mama jika sepanjang tempoh ini aku gagal menjadi anak yg terbaik buatmu.. gagal menjadi penyejuk mata & penawar hatimu.. Gagal membuat mama berasa bahagia dgnku..
Pintaku agar Dia menyayangi & mengasihi mama seperti mana mama menyayangi & mengasihiku sedari aku kecil.. agar Dia mencintai mama lebih dari mama mencintaiku.. Agar Dia memberikan mama kebahagiaan lebih daripada kebahagiaan yg aku miliki.. Agar Dia membuat mama tersenyum bahagia lebih daripada mama membuatku tersenyum..
Ya Allah.. aku menyayangi dan mencintai mamaku kerana-Mu.. Tuhan.. Lindungilah mama selalu daripada bahaya & dukacita..
selalulah Engkau ukirkan senyuman di wajah mama.. supaya kutahu mama sedang berbahagia dgn hidupnya.. Selalulah Engkau payungi mama dalam rahmat & kasih sayang-Mu yg tidak bertepi itu..
Duhai mama.. sayangmu kubawa ke Syurga.. 
Selamat hari lahir mama :D
Ace sayang mama more than anything else.

Salam sayang penuh cinta dari anakmu yg kian dewasa.. :)
This is your fav song.


September 21, 2011

Sekalung warkah untuk mama dan abah.


Kehadapan mama dan abah yg d sayangi,


Jasa kalian membesarkan ace…tak mungkin dapat ace balas, walau di himpun segunung emas…di kesempatan ini, ace memohon ampun dan maaf….kerana di sepanjang hidup ini, ace belum lagi menjadi anak yang dapat d banggakan….malah ada ketikanya , diri ini menjadi anak yang sering melukakan hati mama dan abah….
padahal sebagai anak, seharusnya ace menjadi tempat mama dan abah bergantung harap…namun, jelas sekali, ace masih belum mampu memikul tanggungjawab seperti mana kalian harapkan…
Terima kasih kerana menyayangi ace….terima kasih kerana masih sudi membenarkan ace menumpang teduh…selagi hayat ini masih ada, doa keatas kesejahteraan mama dan abah , tak pernah ace lupakan…mengharapkan agar mama dan abah diberi kebahagiaan dunia dan akhirat…seperti mana kalian sentiasa berusaha membahagiakan ace dan yg lain2..

mama dan abah yg d kasihi,

Hanya Allah yang dapat membalas jasa2 mama dan abah pada ace…sekali lagi, ampunkan dosa2 ace….halalkan titis2 susu dan makan minum ace selama ini….janji ace pada mama dan abah, menjelang umur baru ini, ace akan cuba…menjadi insan yang lebih baik….lebih bersabar, walaupun payah…kerana pasti kalian lebih kenal dengan anakmu ini…adakalanya mulut ini lancang bersuara, gurau senda kdg terluka, janji manis kdg terlupa, detik hati kdg prasangka…hingga hati kalian tidak terjaga…. 


mama.. bangga hati anakmu ini ketika melihatmu menyembah Tuhan yg satu walaupun mama tak mampu utk duduk d antara dua sujud seperti yg lain dek kerna kakimu yg terlalu byk berjasa kepada kami (anak2mu) hinggakan kaki mama sakit.. namun, mama masih kuat untuk menghadapinya. Alhamdulillah. ya Allah Kau berilah kekuatan kepada ibuku. 
"Ketika Allah menciptakan seorang ibu, Dia mengadunnya dengan bahan yg istimewa dan tahan lama. Mata ibu haruslah mempunyai kuasa yg bukan sahaja mampu melihat yg luaran, tetapi lebih jauh mampu menafsir dan membaca apa yg d sembunyikan si anak d sebalik wajahnya. Telinga ibu haruslah mempunyai dimensi yg kuat, yg d cipta daripada bahan yg tidak mudah terhakis. 
Telinga itu mestilah kebal tatkala menahan kata-kata pedih yg d keluarkan daripada anak-anak yg d kandungnya itu. Bahu ibu pula d bina daripada bahan yg tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut, agar dapat menjadi tempat anak-anaknya bersandar. Tangan ibu juga d bina dengan bahan yg cukup kukuh, agar kuat untuk menampung beban anak-anaknya ketika bekerja seharian menguruskan keperluan mereka. Di kelopak mata si ibu, Allah menyediakan satu lubang kecil untuk air matanya. Air mata itu adalah miliknya, dan dia boleh mengalirkannya bila-bila pun yg dia mahu sambil mengadu pada Allah akan hal-hal yg melukai hatinya. Air mata tika menahan derita daripada kerenah anak-anak yg sering menyakitkan, ataupun air mata gembira atas kejayaan anaknya." 


Abah.. ace bangga sgt punyai abah sehebat abah. ace m'hormatimu kerna abah selayaknya d hormati bukan d takuti. abah... ace tidak malu utk mengakui abah adalah abahku, kerna tiada sebab utkku b'buat sedemikian...abah, tenang hati anakmu ini d saat abah mengalunkan ayat-ayat Allah.
ya Allah Kau berilah kesihatan yg baik kepada ayahku.

mama dan abah yg d cintai,

Terima kasih,…kerana atas cinta mama dan abah, lahir ace didunia ini….kerana atas ihsan dan kasih sayang mama dan abah , ace masih bernafas, cukup makan dan pakai hingga kini…malah terlebih2….hanya kerana kasihnya seorang mama dan abah pada anak2..
Terima kasih kerana bertarung nyawa melahirkanku….berjaga malam diwaktu ace demam dan sakit…menahan rasa atas keceluparan ku….sesungguhnya mama dan abah tiada  pengganti….Terima kasih kerana membahagiakan anakmu selama ini…Semoga Allah membalas syurga diatas ihsan mama dan abah selama hayat ini….Amin…



anakmu yg brutal,
 ace :)

August 26, 2011

jelez ai

A special gift for you, mama




piwettt2
 
dah lame bebenor mama tak tukar hp.. 
 
yg lama tu pun asyik wat hal jep..
 
kesian mama aku..
 
 




anything for you, sayang

August 5, 2011

shortly post

all the best mama!
 marilah sama2 doakan semoga mamaku berjaya

dlm membuat perbentangan utk kenaikan pgkat

Ya Allah permudahkanlah urusan mama
amin

May 15, 2011

Selamat Hari Guru..






Salam..



Aku nak wish kat cikgu2 yg pernah ajar aku (secara formal atau pun tak) 
ketika aku d sek tadika... 
sek rendah...
dannnn
sek menengah...
krn  mereka smua.. 
aku dah jd seorang manusia... 
manusia yg "hampir" berjaya...
I know I don’t have anything to give to you teachers,
but please,
accept this crappy blog post dedicated to all the teachers around the world including you, mama.

(:

When I started in school,
This day seemed so far away,
Now it's here and I can't believe
That time has passed so quickly..
But through your encouragement and guidance 
I feel I'm ready foe tomorrow's challenges
Teachers play such an important part
in shaping and guiding
Especially teachers like you, mama
You guided me
When I was lost
You supported me
When i was weak
You have enlightened me all through... 
 Thank you foe caring so much..
Bingkisan Doa buat guru tersayang...
Wahai Tuhan Yang Maha Kuasa,
Kami bersyukur kepada-Mu,
Atas kurniaan hebat ini,
Yakni guru-guru kami.


Setiap hari mereka membimbing dan mendidik kami,
Dengan jawapan-jawapan dari soalan-soalan kami,
Atas dasar kasih dan sayangnya kepada kami,
Bukakanlah hati kami untuk menghargai kasih dan sayang mereka.


Ya Tuhan, kami tidak akan jumpa lagi,
Dengan kasih dan sayang yang semurni ini,
Dengan pengorbanan yang sehebat ini,
Dengan kesetiaan yang sejujur ini.


Ya Tuhan, limpahkan rahmat kepada mereka,
Pereratkanlah kasih sayang antara kami dan mereka,
Perkukuhkanlah jati diri mereka untuk terus berkhidmat,
Mereka adalah guru kami, sifu kami, pengajar kami,dan sesiapa jua yang telah memberi kami secubit mahupun segunung ilmu dari rahmat-Mu...
  
 The smallest gesture truly means the world to a teacher.



Jasa, pengorbanan dan budi baik Cikgu hanya Tuhan yang mampu membalasnya


till then..



saya sayanggg cikgu 






                                           



 

 

 

May 8, 2011

Selamat haRi Ibu,, mama

Salam 

untuk makluman semua hari nie 8 Mei 2011 merupakan sambutan hari ibu, 
manalah tau ada yang tak tahu lagi bila hari ibu kan?
hari ibu nie di sambut setiap bulan mei iaitu pada ahad minggu ke dua, 
bergantung pada sesebuah negara, 
tapi ianya disambut pada bulan Mei.
w'lau bagaimana pun ini buknlah satu tuntutan..

(:

for me
every single day is  mother's day

so ucapan aku wat mama t'syg..

dear mama,

I want to say so many things
I don't know how to start.
b'cause words are so inadequate
-
I want to capture and describe

thanks foe everything mama...

What I would like my thank-you note to look like

for always being there.

for at least trying to understand  and for listening to me without judgment.

for allowing me to make mistakes and helping me deal with the consequences.

for teaching me to tell the truth even when the consequences may seem more than I can handle.

for teaching me to be kind, loving, generous and polite.

for teaching me to be respectful towards others while standing up for what I believe in and staying true to myself.

mama,..

i'm so proud of you

even byk k'gagaln yg ace dah wat.. 
mama tak penah marah jauh skali nk pukul..
kdg2 tengok org laen kena marah ngn mak dorg aku rasa cm
"wahh b'tuahnyea dia sekurg2nya mak dia take care pasal diri dia.. "
tapi aku?
heee..
bukn aku nk sgt mama pukul or marah.. tapi tue kn lebeh baek...

sekarang
baru aku sedar.. mama aku bkn mcm mak2 org laen..
mama ada cara yg t'sendiri utk didik anak2 dia...
mama tak penah pun b'kasar dgn anak2 dia jauh skali nk keluarkn kata2 kesat  neither kat anak2 dia nor kat org laen..
mama aku akn wat yg t'baek utk anak2 dia w'laupun t'paksa susahkn diri mama sniri..
mama sedeh kalau ank2 dia gagal tapi mama tak tunjuk pun yg sbenarnya mama kecewa..
mama akn sorokkn perasaan sbenarnya semata2 tak nk bg anak2 dia down...
benda yg mama pantang dgr ialah bila anak dia cakap "teringin lah nk makan. . . . ."
mama akn usaha kn jugk w'laupun time tuh mama tk de duet....
plus
mama aku sorg cikgu m'rangkap pengetua..
so everyday mama selalu b'depan ngn masalah students..
yg mcm2 ragam..
bonusnya sbb tu lah senang bg anak2 dia nk share masalah... 
seriously,she's a good listener

sampai skrng aku tak penah bg pe2 sumbangn (kejayaan) pun kat mama aku...
 bukn aku tak nk but belum sampai wktunya lg kot..
one fine day i'll make you proud of me
ace janji nieh
seyez punya,,  bukn tipu2 tau !


last but not least
i love u mama...
ace syg mama sangad2..
tak de pe yg ace bole balas jasa mama melainkn doa d atas kesejahteraan mama & abah

-DOA UNTUK IBU BAPA-

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..
ni lah anak2 mama & abah yg sgt nakal.. hoho

ace syggg mama.. (:














Happy Mother's Day for every Single Mom in around the World

 

till then peeps