allaboutme

My photo
When I am alone, I need company & someone to support me.. No one comes to help me except Allah... When I pretend to be strong infront of the world... Nobody sees my hidden tears except Allah...

November 8, 2011

Coretan kecil tentang d i a

Duhai mama yg membawaku ke dunia, aku ingin menyatakan betapa aku menyayangi & mencintaimu selepas Allah & Rasullullah S.A.W. aku sgt ingin mama mengerti bahawa aku sungguh mencintai mama seperti aku mencintai syurga..
Ampunkan aku duhai mama kiranya aku pernah membuatmu bersusah hati dengan kerenahku.. Ampunkan aku mama jika bicaraku pernah mengguris hatimu.. Ampunkan daku mama jika pernah aku mengingkari suruhanmu.. Ampunkan daku mama jika sepanjang tempoh ini aku gagal menjadi anak yg terbaik buatmu.. gagal menjadi penyejuk mata & penawar hatimu.. Gagal membuat mama berasa bahagia dgnku..
Pintaku agar Dia menyayangi & mengasihi mama seperti mana mama menyayangi & mengasihiku sedari aku kecil.. agar Dia mencintai mama lebih dari mama mencintaiku.. Agar Dia memberikan mama kebahagiaan lebih daripada kebahagiaan yg aku miliki.. Agar Dia membuat mama tersenyum bahagia lebih daripada mama membuatku tersenyum..
Ya Allah.. aku menyayangi dan mencintai mamaku kerana-Mu.. Tuhan.. Lindungilah mama selalu daripada bahaya & dukacita..
selalulah Engkau ukirkan senyuman di wajah mama.. supaya kutahu mama sedang berbahagia dgn hidupnya.. Selalulah Engkau payungi mama dalam rahmat & kasih sayang-Mu yg tidak bertepi itu..
Duhai mama.. sayangmu kubawa ke Syurga.. 
Selamat hari lahir mama :D
Ace sayang mama more than anything else.

Salam sayang penuh cinta dari anakmu yg kian dewasa.. :)
This is your fav song.


No comments:

Post a Comment